Saturday, January 11, 2014

Panduan seorang Isteri...

Ciri Isteri Solehah Yang Didambakan Suami

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri solehah menuntut waktu kerja 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorangsuami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.



Ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1.
Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

Isteri Solehah ~ w/lirik

Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil..

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar. 
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil..






Thursday, March 28, 2013

CARA MENDAPATKAN CINTA ALLAH...



Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut

Membaca Al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.
Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)

Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.

Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.

Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.

Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

Sunday, October 28, 2012

♥ ::: ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA ::: ♥

Wahai hati bersabarlah…
Wahai jiwa janganlah engkau lengah…
Wahai diri janganlah engkau lupa…
bahwa ada Allah yang sentiasa menemani setiap langkah..


ALLAH tak pernah hampakan hambanya.
ALLAH tak pernah tinggalkan hambanya
yang sedang dalam kesusahan.
ALLAH tak akan pernah mengeluh
kerana asyik dengar rintihan kita..
sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita..

Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya yang Maha Esa.
Jangan pernah lupa ujian adalah nikmat dunia.

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya

jika ada di antara kita yang sekarang ini diuji dengan apa jua ujian sekalipun,
ingatlah, innallaha maana. Allah bersama kita.
Hadapilah halangan itu dengan sebaiknya.
Halangan itu antara tujuannya adalah untuk menjadikan diri kita lebih hebat.
Andai seluruh dunia berpakat menjatuhkan kita,
jika tanpa izin dari Allah,
pakatan itu tidak akan ada kesannya buat kita.
Bersabarlah wahai mujahid mujahidah.









Sunday, September 16, 2012

Kisah Cinta dan Kebesaran Hati Salman Al Farisi

Salman al Farisi adalah salah seorang sahabat Nabi saw yang berasal dari Persia. Salman sengaja meninggalkan kampung halamannya untuk mencari cahaya kebenaran. Kegigihannya berbuah hidayah Allah dan pertemuan dengan Nabi Muhammad saw di kota Madinah. Beliau terkenal dengan kecerdikannya dalam mengusulkan penggalian parit di sekeliling kota Madinah ketika kaum kafir Quraisy Mekah bersama pasukan sekutunya datang menyerbu dalam perang Khandaq.
Berikut ini adalah sebuah kisah yang sangat menyentuh hati dari seorang Salman Al Farisi: tentang pemahamannya atas hakikat cinta kepada perempuan dan kebesaran hati dalam persahabatan.
Salman Al Farisi sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalnya sebagai wanita mu’minah lagi shalihah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai pacar. Tetapi sebagai sebuah pilihan untuk menambatkan cinta dan membangun rumah tangga dalam ikatan suci.
Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah, pelamaran.
Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang telah dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’.
”Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .”, girang Abu Darda’ mendengarnya. Keduanya tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.
”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abu Darda’ berbicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.
”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”menerima Anda berdua, shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan

Sunday, March 4, 2012

Majalah Penerbitan Aras Mega

walaupun hanya setahun lebih aku menceburi bidang penerbitan, tapi aku sangat bersyukur dan gembira kerana aku mempunyai banyak pengalaman dalam menyunting bahan-bahan penerbitan Aras Mega terutamanya Majalah celik, Aulad dan Mahir... Baruku tahu...bukan senang nk jadi seorang editor nie, semuanya bermula dari kita. Jika baik bahan tersebut, maka baiklah hasilnya....apepun, aku bangga menjadi EDITOR...hehehe




Thursday, February 16, 2012

KISAH NABI

Di serang nyamuk

Raja Namrud terkenal dengan kekejaman dan kejahatannya. Angkatan tenteranya sangat kuat, terdiri daripada tujuh ratus ribu penunggang kuda bersenjata lengkap. semua rakyatnya tunduk dan patuh kerana takut kepadanya. dengan kekuasaan yang dimilikinya, raja dan angkuh dan zalim itu mencabar nabi Ibrahim.

 " Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimlah kepadaku. aku dan tenteraku mahu berperang dengan mereka. jika berani ambillah kerajaanku ini, " kata Raja Namrud dengan penuh keangkuhan.


Wednesday, August 31, 2011

ANUGERAH CINTA

Cinta adalah perasaan yang dicampakkan oleh Allah swt ke dalam hati semua manusia, samada tua atau remaja,kaya atau miskin, mulia atau hina pasti mempunyai perasaan untuk dicintai atau menyintai. Daripada cinta akan membenihkan perkahwinan dan seterusnya akan berkembang subur sehingga lahir satu masyarakat. Kekecewaan, kegembiraan, perpisahan, perkahwinan dan kematian sering dikaitkan dengan cinta. Sesungguhnya cinta adalah satu perasaan yang kadang kala hadir tanpa diundang. Tapi, apa yang sering terjadi, cinta sering disempitkan konsep dan perspektifnya.

Rabiatul Adawiyah tenggelam dalam mahabbahnya yang dalam kepada Allah. Hamzam Fansuri, seorang tokoh dari aceh, juga tenggelam oleh tasawwuf falsafah yang berlandaskan kepada teori Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibn’Arabi. Ini juga cinta. Cinta Rasulullah kepada Siti Khadijah r.a tidak sama seperti cintanya kepada Aisyah r.a. Siti Khadijah adalah lambang pengorbanan dan kesetiaan yang luhur. Abu Sufian menyatakan ‘ Tidak aku jumpai orang yang lebih mencintai manusia selain Rasulullah’. Futhil bin ‘Iyadh, yang asalnya merupakan seorang perompak, sanggup memanjat tembok yang tinggi demi kerana cintanya kepada kekasih beliau seorang jariah. Namun nun di tembok itu beliau telah menemui hidayah.


Tuesday, March 30, 2010

BILA DIRI DISAYANGI…

Alangkah bahagianya jika hidup ini sentiasa disayangi…alangkah bahagianya jika wujudnya perasaan sayang menyayangi…sesungguhnya perasaan kasih dan sayang lahir secara fitrah dalam diri setiap insan. Apa yang penting hanyalah keikhlasan dan kejujuran dalam menempuhi ranjau kehidupan…

Apa yang dimaksudkan “ bila diri disayangi” ialah rasa penghargaan apabila diri kita disayangi oleh makhluk ciptaan…disayangi oleh IBUBAPA, SESAMA INSAN, MAKHLUK CIPTAAN TUHAN…dan yang paling penting apabila kita disayangi oleh TUHAN…sesungguhnya amatlah bahagia hidupnya jika sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNya…


KASIH SAYANG TUHAN
Kasih sayang tuhan akan dapat kita perolehi sekiranya kita sentiasa rapat dan dekat dengannya…sentiasa melakukan kehendakNya..segala apa yang kita lakukan adalah di bawah rahmatNya. Dialah yang maha kuasa menciptakan sesuatu kejadian di muka bumi ini. Berbahagialah wahai insan yang sentiasa di bawah lembayung rahmatnya, hidup ini tidak bererti jika tidak mendapat keberkatan darinya. Yakinilah wahai insan, sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap apa yang tertusuk di lubuk hati manusia. Pohonlah kepadanya dengan penuh pengharapan dan keikhlasan, nescaya Dia akan makbulkan segala yang kamu inginkan.


A Guided Friendship

You will always be in my heart
Let it be together or apart
We can find our way
Forever in a day
But what would please me the most
Is to just hold you close
As we sit side by side
And talk about old times
I wish for the day
For you to come my way
As I look in your eyes
I can see your cries
I can feel your hurt
I feel your pain
                   
What could have been is in the past
What can be is in our forecast
Brighter days, Happier times
I can see this is yours and mine
We might not see it now
But our hearts will show us how
Finding you again
Has helped me mend
A heart that was broken
And now it has spoken
For I long for your touch
I can say so much
You are there
I am here
It seems unfair
But one thing I can say
Is our friendship is guiding our way

FriendshiP 4eVer...

“ Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari…”

Sesungguhnya sahabat adalah orang yang paling hampir dengan kita selain ibubapa dan keluarga. Benarlah kata pujangga,bersahabat biar seribu, tetapi bercinta biarlah satu..namun, sahabat yang baik sukar dicari,lebih mudah ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan.

Sehingga kini aku masih teringat saat-saat manis bersama sahabat ketika di alam persekolahan.Kenangan bersama mereka tidak dapat ku lupakan,saat manis pahit, suka dan duka kami hadapi bersama. Ukhuwah persahabatan tersemadi erat dalam sanubari..ohh..begitu indahnya saat itu..namun, kini hanya tinggal kenangan.. kenangan yang sentiasa bermain dalam kotak memoriku.. setelah berakhirnya zaman persekolahan, kami terpisah…masing-masing membawa diri, mengejar cita-cita demi perjuangan hidup…

Sahabat sejati tidak dapat ditukar ganti…walaupun dulu hati kita dilukai, namun sehingga kini kita tetap merindui..sahabatku adalah buah hatiku selamanya

Monday, March 29, 2010

Kasihkan makhluk Ciptaan

Selain kasihkan Allah, ibubapa dan saudara mukmin kita juga mestilah kasihkan kepada makhluk ciptaaNya…dengan melihat alam semulajadi ciptaanNya, dapat melahirkan rasa kehambaan dan kecintaan kita kepadaNya. Betapa Agungnya Yang maha Esa mencipta langit dan bumi, lautan terbentang luas, tumbuhan hijau penuh ketenangan  serta  binatang ternakan…
sesungguhnya kasihkan pada makhluk kejadianNya akan menambahkan rasa cinta kita kepada Allah yang Maha Pencipta..



pernahkan anda perhatikan...bila kita menyayangi sesuatu, ia akan menyayangi kita juga..sebagai contoh, saya sangat sayangkan kucing saya, sentiasa berikan ia makan, membelainya bagaikan ada perasaan cinta padanya, rupa-rupanya ia pun menunjukkan perasaan kasihnya juga pada saya... macamne??
erm...bila saya demam dia datang pada saya dan duduk atas riba saya, bagaikan mendoakan supaya saya sembuh kot...hehe..kadang-kadang bila dia lapar, dia telah menunjukkan respon dia, datang mintak dengan saya, bla saya bercakap dengannya, dia tengok jea..seolah2 dia faham maksud saya...pernah sekali bila mak marah padanya, dia kluar dari rmh dan xblik...sehari jgk...rindunya saya padanya...namun keesokannya dia blk semula kt rmh...sukanyaa...mngkin dia pn xdpt lupekan saya...hehe...


Membangun Cinta sesama Mukmin..

"Perumpamaan orang mukmin dalam cinta dan kasih sayang serta jalinan perasaan seperti satu tubuh apabila satu bagian tubuh sakit maka demam seluruh tubuh tidak bisa tidur" (HR. Bukhari dan Muslim).


Kenikmatan cinta dan ukhuwah islamiyah ini sesungguhnya karunia Allah yang sangat mahal (Ali-Imran: 103), yang tak dapat diukur dengan harta seberapa pun besarnya (Al-Anfaal: 63).


Terjalinnya cinta seorang mukmin adalah karena ikatan iman dan cinta karena Allah..sebagaimana firman Allah :-

يا أَيُّهَا الذي آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قومٍ عَسَى أن يكوُنُوا خيرًا منهُمْ ولا نِسَاءٌ من نِساَءٍ عَسَى أن يكن خيرًا مِنْهُنَّ
وَلا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكم ولا تَنَابَزُوْا بِالأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الفُسُوقُ بَعْدَ الإِيمَنِ ومَنْ لم يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّلِمُونَ
(Al-Hujurat: 11).
Ikatan itu biasa disebut dengan "urwatul wutsqaa" yakni kalimah thayyibah Laa ilaaha illallahu (Al-Baqarah: 256; Ali-Imran: 100).


Kurnia lain cinta karana Allah adalah dijanjikannya naungan Allah di hari akhirat, yakni termasuk tujuh golongan yang dilindungi Allah "Sab'atun yuzhil lihimullaahu fi zhillihi yauma laa zhillaa illaa zhilluuhu... salah satunya ...warajulaani tahabba fillaahi ijtam'a 'alaihi watafarraqa 'alaihi artinya, ada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di hari yang tidak ada lagi naungan kecuali naungan Allah... salah satunya adalah dua orang pemuda yang saling mencintai karena Allah, bertemu karena Allah dan berpisah karena Allah" (HR. Bukhari dan Muslim).


Ada beberapa cara untuk merekatkan jalinan cinta sesama mukmin:
1. Dilandasi keikhlasan
Antara sesama muslim adalah bersaudara, dan sebagai saudara haruslah selalu terbuka dan ikhlas menerima saudaranya dengan segala kelebihan dan kekurangannya. Sebagai prinsip dasar cinta seorang muslim harus husnuzhan (berprasangka baik) dengan sesama muslim. Cinta terendah diwujudkan dengan sikap salamatush shadri yakni membersihkan hati dari berbagai prasangka, sedang tingkatan cinta yang paling tinggi adalah itsar. Yaitu mendahulukan kepentingan saudaranya di atas kepentingan dirinya (Al-Hasyr: 7).


Munculnya keikhlasan ini adalah dari penanaman nilai-nilai iman yang benar (aqidah shahihah). Apabil aqidahnya lurus barulah orang tersebut dapat diharap keikhlasannya. Mengapa? Karena orang mukmin selalu meluruskan arah, tujuan, orientasi kehidupannya hanya kepada Allah dan akan kembali kepada-Nya... Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uuna.

Saturday, March 27, 2010

Cintai Rasulullah...

Sesungguhnya mencintai Allah bererti mencintai Rasulullah…bagaimana harus kita buktikan bahawa kita mencintai Rasulullah?walaupun, kita mengaku bahawa kita mencintai dan menyayangi Rasulullah, namun kita tidak melakukan apa yang dipelajari oleh Rasulullah, bererti kita berdusta.


Allah ‘azza wa jalla berfirman,


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah (sunnah/petunjuk)ku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Ali ‘Imran: 31)


Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat ini berkata, “Ayat yang mulia ini merupakan hakim (pemutus perkara) bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah, akan tetapi dia tidak mengikuti jalan (sunnah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka dia adalah orang yang berdusta dalam pengakuan tersebut dalam masalah ini, sampai dia mau mengikuti syariat dan agama (yang dibawa oleh) Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam semua ucapan, perbuatan dan keadaannya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/477)


Ibubapa permata hidupku...

Ibubapa adalah orang yang paling hampir dengan kita. Tanpa mereka mungkin kita tidak dapat hidup di dunia ini, tanpa mereka kita tidak dapat melihat alam ciptaan yang sungguh indah ini. Betapa besarnya pengorbanan yang diberikan oleh ibubapa kepada kita.sejak kecil, mereka bersusah payah mendidik kita, sehinggalah kita dewasa..sayangilah ibubapa selagi mereka masih hidup..hormati dan taatilah mereka sebagai orang yang paling mulia dalam hidup kita, kerana segala apa yang kita perlukan adalah bergantung kepada keredhaan mereka. Sesungguhnya redha ibubapa adalah redha Allah jua...


• Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
• Menghargai dan menghormati mereka
• Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa
• Jangan menderhaka kepada ibu bapa
• Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim
• Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa

munajat seorang hamba...

Ya Allah,
Syukur atas nikmat pancainderamu,
dengan penglihatan...
aku dapat melihat segala
kekuasaan Mu...
mengagumi segala kebesaranMu..
Namun...
dengannya jualah,
Aku melakukan kemungkaran...
terhadapmu...
menjerumuskan diriku ke lembah dosa...
melihat pada yang tidak sepatutnya,
membuatkan diri ini alpa,
saat hidayahmu tiba...
seketika aku tersedar...
mungkin belum terlambat
untukku pahatkan dalam diri...
bahawa...
AKU MAHU BERUBAH...!!

Doa Sumber Kekuatan...

Hari-hari meniti kehidupan, kita semakin leka dengan mainan dunia...semakin alpa dengan keghairahan manusia dan alam sekeliling..sehingga membuatkan kita lupa pada yang Maha Pencipta...kadang-kadang kita terlalu mengejar dunia sehingga mengabaikan tugas kita sebagai seorang hamba..terlalu asyik dengan assignment, sehingga amalan harian kita diabaikan...betul x? lepas solat kita jarang baca Al-quran, bahkan kita baca YM,Facebook,Sms, dan sebagainya...sedangkan di saat inilah kita amat memerlukanNya,membantu kita dipermudahkan pekerjaan, di samping memohon hidayah dan rahmat darinya Yang maha Agung...Doa sumber kekuatan seorang mukmin...sentiasalah memohon agar di berkati dalam setiap apa yang kita lakukan..

  •  Pilihlah waktu yang baik dan mulia, seperti pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari jum’at, sepertiga terakhir dari waktu malam, dan pada waktu sahur.
  •  Lakukanlah dalam keadaan khusus, seperti ketika bersujud dalam sholat, ketika berhadapan dengan musuh di medan perang, ketika turun hujan, sebelum menunaikan sholat dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari segala gangguan setan, dan ketika menghadap ka’bah.
  •  Menghadaplah kearah kiblat
  • Rendahkanlah suara, antara terdengar dan tidak – oleh orang yang berada di sisi kita


Keistimewaan angka tujuh…

Mungkin kita tidak sedar, dalam kehidupan kita banyak disebutkan peristiwa dengan angka tujuh. Malah angka ini adalah angka istimewa tentang sesuatu kejadian yang diceritakan di dalam al-quran. Apakah rahsia di sebalik kejadian angka 7? Jika kita perhatikan, angka 7 memiliki keistimewaan dalam semua aspek kehidupan kita samada di dalam al-quran, ibadah, kejadian alam semesta, sejarah, psikologi dan pengetahuan am. Sesungguhnya keistimewaan angka 7 ini menunjukkan keesaan Allah dan kekuasaannya dalam mencipta alam semesta.


Apakah rahsia kejadian dengan angka 7? Marilah kita sama-sama perhatikan…

Jika kita perhatikan, surah pertama yang dianugerahkan kepada kita adalah surah Al-Fatihah. Surah ini adalah penghulu segala surah di dalam kitab Al-Quran yang Maha Suci. Di dalam surah ini Allah telah menetapkan terdapat tujuh ayat di dalamnya sebagai permulaan bacaan. Selain itu, angka tujuh juga menjadi angka istimewa dalam ibadat kita. Cuba kita ingat kembali, rukun dalam ibadat haji yang mana jumlah pusingan tawaf di kaabah sebanyak 7 kali, sa’ie antara sofa dan marwah adalah 7 pusingan dan juga jumlah lontaran batu pada jamrah sebanyak 7 biji. Kenapakah bilangan 7 menjadi syaratnya….?