Thursday, February 16, 2012

KISAH NABI

Di serang nyamuk

Raja Namrud terkenal dengan kekejaman dan kejahatannya. Angkatan tenteranya sangat kuat, terdiri daripada tujuh ratus ribu penunggang kuda bersenjata lengkap. semua rakyatnya tunduk dan patuh kerana takut kepadanya. dengan kekuasaan yang dimilikinya, raja dan angkuh dan zalim itu mencabar nabi Ibrahim.

 " Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimlah kepadaku. aku dan tenteraku mahu berperang dengan mereka. jika berani ambillah kerajaanku ini, " kata Raja Namrud dengan penuh keangkuhan.


Mendengar cabaran daripada Raja Namrud, lalu Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah s.w.t. Allah yang Maha mendengar memperkenankan doa nabinya.

Pertempuran bermula

Ketika Raja namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk supaya menyerang. Lalu keluarlah tentera nyamuk sehingga menutupi permukaan bumi dan langit.


Kemudian, Allah s.w.t memeberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. lalu kesemua nyamuk itu menyerang tentera Namrud dan menghisap semua darah mereka. setelah itu, Allah memerintahkan kepada tentera nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Raja Namrud agar dia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. maka nyamuk-nyamuk itu membiarkan Raja Namrud sehingga dia dapat pulang ke istana. Nabi Ibrahim merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut.

Seksaan Raja Namrud

Ketika telah dekat seksaan untuk Raja Namrud, Allah s.w.t memerintahkan hanya seekor nyamuk yang tempang untuk menjalankan tugas tersebut, nyamuk itu masuk ke dalam kepala Raja Namrud melalui lubang hidungnya. Raja Namrud merasa sakit dan mengarahkan rakyat yang menghadapnya supaya mengetuk kepalanya.

Apabila kepalanya diketuk, dia berasa lega. Akhirnya nyamuk tempang itu memakan otak Raja Namrud sedikit demi sedikit. Maka, matilah Raja Namrud yang gagah dan kuat itu dibunuh oleh seekor nyamuk yang kecil.




Tenggelam bersama Harta-hartanya

Di zaman Nabi Musa a.s, terdapat seorang yang bernama Qarun. Dia hidup dalam serba mewah, memiliki banyak harta, mahligai dan hamba sahayanya yang ramai. Digambarkan betapa kayanya Qarun, sehinggakan penjaga kunci peti simpanannya tidak mampu membawa atau memikul kunci-kunci gedungnya yang banyak dan berat. Kekayaan menjadikan Qarun tamak,dia tetap tidak berpuas hati dan sentiasa mahu menambah hartanya. Qarun sering dinasihati supaya menyumbangkan sedikit hartanya kepada golongan fakir. Qarun juga diingatkan tentang segala kekayaannya adalah pemberian Allah dan dia patut bersyukur dan bersedekah. Namun, sega nasihat itu tidak diendah oleh Qarun.

" Siapa yang membantu aku? semua kesenanagan ini adalah hasil titik peluhku sendiri serta kebijaksanaanku," dakwa Qarun.

Perintah Zakat

Pada suatu hari, Nabi Musa a.s menemui Qarun. Nabi Musa memberitahu tentang perintah zakat. Baginda meminta supaya Qarun membantu golongan yang susah. Namun, Qarun enggan membayar zakat, walau apapun terjadi.


Lantaran itu, qarun telah memfitnah Nabi Musa a.s. dia mengajak orang ramai turun menentang baginda. Dia menyampaikan dakwah bahawa perintah zakat itu adalah cara Nabi Musa hendak merampas harta mereka secara perlahan-lahan.

Fitnah Berterusan

Qarun terus berusaha untuk menjatuhkan Nabi Musa a.s. dia mahu semua orang mempercayainya dan menolak ajaran Nabi Musa a.s.

" Tahukah kamu semua bahawa Musa telah berzina?" tuduh Qarun.

Namun, kekuasaan Allah melebihi segala-galanya. wanita itu membuat pengakuan bahawa dia tidak berzina dengan Nabi Musa, tetapi segala yang berlaku adalah rancangan jahat Qarun.

Sifat Qarun yang sombong dan berusaha memesongkan pandangan orang ramai tentang ajaran Nabi Musa tidak boleh dibiarkan. Lalu, Nabi Musa berdoa kepada Allah s.w.t. Dengan izin Allah, maka berlakulah tanah runtuh yang dasyat di istana Qarun dan gedung-gedung hartanya. Terbenamlah Qarun dan harta-hartanya ditelan bumi.



Musnah Ditelan Bumi

Ujian yang dihadapi oleh Nabi Lut terhadap kaumnya mat besar. Meskipun mendapat tentangan, baginda tidak jemu-jemu meyeru dan menyampaikan dakwahnya.

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah moral, rosak mental, tidak mempunyai peganagn agama dan memiliki nilai kemanusiaan yang rendah. Mereka suka berbuat maksiat dan melakukan kemungkaran. berjudi, menunjuk kuasa, menindas yang lemah menjadi perkara biasa sesama mereka. Maksiat yang paling menjijikkan dikalangan kaum Sadum adalah perbuatan sukakan kaum sejenis iatu lelaki sukakan lelaki dan wanita sukakan wanita.


Maka, Allah mengutuskan Nabi Lut bagi menyedarkan kaum yang sesat ini. Baginda menasihati dan menyeru agar mereka meninggalkan perbuatan maksiat dan kejahatan tersebut. Peringatan diberi bahawa segala perbuatan mungkar mereka itu akan dibalas dan dimasukkan ke dalam neraka jahanam. Segala nasihat dan ajaran Nabi Lut tidak membawa sebarang hasil. Kaumnya tetap angkuh dan sombong untuk menerima kebenaran dakwah Nabi Lut. Walaupun tidak seorang pun beriman dengan ajarannya, termasuklah isteri sendiri, Nabi Lut tetap bersabar.

Baginda merasa sedih dengan kelemahan dirinya, berdepan dengan kaumnya yang degil dan berhati batu. Baginda berharap agar diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi kaumnya itu.

Akhirnya, Allah telah menimpakan azab balasan kepada masyarakat Sadum. Seluruh kaum Lut musnah dan kota hancur ditelan bumi. Inilah pembalasan untuk kaum yang angkuh lagi sombong.

No comments:

Post a Comment