Tuesday, March 30, 2010

BILA DIRI DISAYANGI…

Alangkah bahagianya jika hidup ini sentiasa disayangi…alangkah bahagianya jika wujudnya perasaan sayang menyayangi…sesungguhnya perasaan kasih dan sayang lahir secara fitrah dalam diri setiap insan. Apa yang penting hanyalah keikhlasan dan kejujuran dalam menempuhi ranjau kehidupan…

Apa yang dimaksudkan “ bila diri disayangi” ialah rasa penghargaan apabila diri kita disayangi oleh makhluk ciptaan…disayangi oleh IBUBAPA, SESAMA INSAN, MAKHLUK CIPTAAN TUHAN…dan yang paling penting apabila kita disayangi oleh TUHAN…sesungguhnya amatlah bahagia hidupnya jika sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNya…


KASIH SAYANG TUHAN
Kasih sayang tuhan akan dapat kita perolehi sekiranya kita sentiasa rapat dan dekat dengannya…sentiasa melakukan kehendakNya..segala apa yang kita lakukan adalah di bawah rahmatNya. Dialah yang maha kuasa menciptakan sesuatu kejadian di muka bumi ini. Berbahagialah wahai insan yang sentiasa di bawah lembayung rahmatnya, hidup ini tidak bererti jika tidak mendapat keberkatan darinya. Yakinilah wahai insan, sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap apa yang tertusuk di lubuk hati manusia. Pohonlah kepadanya dengan penuh pengharapan dan keikhlasan, nescaya Dia akan makbulkan segala yang kamu inginkan.


Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يتَّخِذُ مِنْ دُونِ الله أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كحُبِّ الله وَالَّذِينَ ءَامَنُوا أَشَدَّ حُبَّا لِلهِ



وَلَو يَرَى الَّذِي ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ العَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لله جَمِيْعًا وأنَّ الله شَدِيْدُ العَذَابِ

“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT.

4 comments: