Wednesday, August 31, 2011

ANUGERAH CINTA

Cinta adalah perasaan yang dicampakkan oleh Allah swt ke dalam hati semua manusia, samada tua atau remaja,kaya atau miskin, mulia atau hina pasti mempunyai perasaan untuk dicintai atau menyintai. Daripada cinta akan membenihkan perkahwinan dan seterusnya akan berkembang subur sehingga lahir satu masyarakat. Kekecewaan, kegembiraan, perpisahan, perkahwinan dan kematian sering dikaitkan dengan cinta. Sesungguhnya cinta adalah satu perasaan yang kadang kala hadir tanpa diundang. Tapi, apa yang sering terjadi, cinta sering disempitkan konsep dan perspektifnya.

Rabiatul Adawiyah tenggelam dalam mahabbahnya yang dalam kepada Allah. Hamzam Fansuri, seorang tokoh dari aceh, juga tenggelam oleh tasawwuf falsafah yang berlandaskan kepada teori Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibn’Arabi. Ini juga cinta. Cinta Rasulullah kepada Siti Khadijah r.a tidak sama seperti cintanya kepada Aisyah r.a. Siti Khadijah adalah lambang pengorbanan dan kesetiaan yang luhur. Abu Sufian menyatakan ‘ Tidak aku jumpai orang yang lebih mencintai manusia selain Rasulullah’. Futhil bin ‘Iyadh, yang asalnya merupakan seorang perompak, sanggup memanjat tembok yang tinggi demi kerana cintanya kepada kekasih beliau seorang jariah. Namun nun di tembok itu beliau telah menemui hidayah.


Nur Aisyah Bukhari, seorang gadis bertudung dari Johor sanggup meninggalkan agamanya kerana cinta. Begitu juga hartina Kamaruddin, sanggup meminggirkan hubungan kekeluargaan dan agama, juga kerana cinta. Mansor Adabi akhirnya mati akibat menanggung kesengsaraan setelah Natrah meninggalkan Singapura dan murtad. Dr. Burhanuddin Al Helmi sanggup mengorbankan cinta dan perkahwinannya, memberi kata dua kepada isterinya samada ingin terus menetap di Singapura atau mengikutnya ke Tanah Melayu apabila diamanahkan sebagai Yang Dipertua salah sebuah gerakan Islam di Malaysia.

Jangan kerana cinta kita gugur, jangan kerana cinta prinsip menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan, dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan  akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan cinta. Sebuah perkahwinan akan  menjadi indah jika cinta terus dikekalkan. Kadang kala cinta juga akan dikaitkan dengan perpisahan . Cinta kepada Allah, insane akan mengharapkan perpisahan.mengapa?? tidak lain hanyalah kerana ingin berjumpa cinta hakiki. Cinta yang kekal , cinta yang Agung. Cinta kepada makhluk akan mengontaikan perasaan dan  emakmurkan impian serta harapan, perpisahan dalam perjuangan juga hebat. Lebihkan meranapkan jiwa. Bagaimana kita sanggup berehat, berhenti apalagi berpisah terus dari perjuangan sedangkan jiwa ummah hangat membakar perasaan. Perpisahan akan menjadi mulia dan manis jika perjuangan disusuri dengan keikhlasan dan penuh kecintaan kepada dasar dan prinsip perjuangan. Perpisahan malah akan menjadi lebih manis jika ia dibina dari kerikir-kerikir yang halus lalu berhimpun menjadi gerakkerja yang menguntungkan perjuangan Islam, serta berada dalam pangkuan dan ribaan ajaran Allah. Mereka hidup dalam memperingati dan bermunajat kepadanya.

Menurut Profesor madya Sulaiman Yasin, bagi menghasilkan cinta penekanan mestilah diberikan kepada Tajribiyah Sufiyyah yang memusatkan perhatian kepada Tasfiyatul Qalb atau Tazkiyatul Nafs. Bagaimana kita harus meningkatkan cinta kepada Allah dari peringkat cinta taa’bud kepada cinta al mahabbah. Sebelum kita bermujahadah, hendaklah diketehui alamat-alamat cinta kepada Allah.
Menurut Ustaz A-Zubir Abdul Rahman dalam kitabnya Durus Fi Tazkiyatul Nafs, alamat cinta kepada Allah….:

1)      Merindui pertemuan dengannya
2)      Banyak mengingatinya
3)      Tunduk kepada perintahnya
4)      Penerimaan total kepada kalamnya
5)      Cinta kepada apa yang dicintai Allah

No comments:

Post a Comment