Saturday, March 27, 2010

Keistimewaan angka tujuh…

Mungkin kita tidak sedar, dalam kehidupan kita banyak disebutkan peristiwa dengan angka tujuh. Malah angka ini adalah angka istimewa tentang sesuatu kejadian yang diceritakan di dalam al-quran. Apakah rahsia di sebalik kejadian angka 7? Jika kita perhatikan, angka 7 memiliki keistimewaan dalam semua aspek kehidupan kita samada di dalam al-quran, ibadah, kejadian alam semesta, sejarah, psikologi dan pengetahuan am. Sesungguhnya keistimewaan angka 7 ini menunjukkan keesaan Allah dan kekuasaannya dalam mencipta alam semesta.


Apakah rahsia kejadian dengan angka 7? Marilah kita sama-sama perhatikan…

Jika kita perhatikan, surah pertama yang dianugerahkan kepada kita adalah surah Al-Fatihah. Surah ini adalah penghulu segala surah di dalam kitab Al-Quran yang Maha Suci. Di dalam surah ini Allah telah menetapkan terdapat tujuh ayat di dalamnya sebagai permulaan bacaan. Selain itu, angka tujuh juga menjadi angka istimewa dalam ibadat kita. Cuba kita ingat kembali, rukun dalam ibadat haji yang mana jumlah pusingan tawaf di kaabah sebanyak 7 kali, sa’ie antara sofa dan marwah adalah 7 pusingan dan juga jumlah lontaran batu pada jamrah sebanyak 7 biji. Kenapakah bilangan 7 menjadi syaratnya….?
Begitu juga dalam solat kita seharian.mungkin ramai antara kita tidak ketahui bahawa amalan sujud dalam solat kita adalah dengan 7 anggota badan iaitu dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu wajah. Sebagaimana dalam hadis Rasulullah : Beliau bersabda“ aku diperintahkan untuk bersujud dengan tujuh tulang” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga dengan ciptaan alam ini. Sesungguhnya Allah Maha Besar atas kekuasaanNya mencipta 7 lapisan langit yang sangat kukuh di mana setiap lapisan langit terdapat makhluk ciptaanNya.

• Lapisan langit pertama dihuni oleh makhluk yang berdimensi 3, iaitu, manusia, binatang, tumbuhan, dan lain-lain yang tinggal di bumi beserta benda-benda angkasa lainnya dalam jumlah yang tak terbatas..

• Lapisan langit kedua adalah ruang berdimensi 4 yang dihuni oleh bangsa jin serta makhluk berdimensi 4 yang lainnya.

• Lapisan langit ketiga merangkumi dimensi 5 yang di dalamnya “hidup” arwah dari orang-orang yang sudah meninggal.mereka juga menempati langit keempat sampai ke langit keenam. Langit ketiga ini bersama-sama dengan langit ketiga lainnya menyusun langit keempat dan seterusnya hingga langit ketujuh yg berdimensi 9.

Jika dilihat dari sudut ilmiah pula, terdapat tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak iatu:

1. Penguasa/ pemimpin yang adil.
2. Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.
3. Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.
4. Dua orang yang saling cinta-mencintai karena Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya akau takut kepada Allah".
6. Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu (artinya dia bersedekah dan tidak menceritakan sedekahnya itu kepada orang lain).
7. Seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi, sehingga kedua matanya mencucurkan air mata.

Angka tujuh adalah angka istimewa dan angka paling hampir dengan kehidupan kita seharian. Mungkin kita semua tidak menyedarinya, termasuklah saya sendiri. Sesungguhnya kita tidak boleh menafikan bahawa angka ini adalah angka istimewa di sisi Allah Taala, kerana setiap kejadian yang diciptakan adalah atas KekuasaanNya dan mungkin ia kebetulan semata-mata. Namun, kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa mengingati dan merenung kembali setiap kejadian yang diciptakannya. Oleh itu, marilah kita sama-sama merenung segala ciptaan kejadian di muka bumi ini di samping dapat menambahkan keimanan diri kepada Pencipta sekaligus dapat menambahkan pahala di akhirat kelak… Renungkanlah…..

No comments:

Post a Comment