Apa yang dimaksudkan “ bila diri disayangi” ialah rasa penghargaan apabila diri kita disayangi oleh makhluk ciptaan…disayangi oleh IBUBAPA, SESAMA INSAN, MAKHLUK CIPTAAN TUHAN…dan yang paling penting apabila kita disayangi oleh TUHAN…sesungguhnya amatlah bahagia hidupnya jika sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNya…
KASIH SAYANG TUHAN
Kasih sayang tuhan akan dapat kita perolehi sekiranya kita sentiasa rapat dan dekat dengannya…sentiasa melakukan kehendakNya..segala apa yang kita lakukan adalah di bawah rahmatNya. Dialah yang maha kuasa menciptakan sesuatu kejadian di muka bumi ini. Berbahagialah wahai insan yang sentiasa di bawah lembayung rahmatnya, hidup ini tidak bererti jika tidak mendapat keberkatan darinya. Yakinilah wahai insan, sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap apa yang tertusuk di lubuk hati manusia. Pohonlah kepadanya dengan penuh pengharapan dan keikhlasan, nescaya Dia akan makbulkan segala yang kamu inginkan.